Wednesday, November 19, 2008

Tazkirah Buat Ayah Pin &Pengikut-Pengikut

AYAH PIN,

ARIFIN BIN MUHAMAD.

Mencapai usia:65 tahun.

Pemimpin Ajaran Sesat,Kerajaan Langit.



Tiada gunanya,engkau lari,bersembunyi beserta pengikut-pengikut setiamu.

Lari,

Dari Hukuman Dunia,

yang sedia menanti.



Kemana,

Hendak kamu lari>>>>>

Kepuncak dunia,hutan belantara,

KeSelatan Thailand.



Kamu,

Bersembunyi.



Takutkan ,

Kematian atau diburu.



Maut,

Lambat-laun ,

Pasti menjemputmu.



Biarpun,

Engkau bersembunyi didalam benteng yang Kukuh.

Diawasi,

Jaga yang cukup kawalan.

Dilengkapi,

Peralatan yang cukup canggih""

Namun,

Maut juga tetap kau temui.



Sayang sekali,

Usiamu menjangkau 65 tahun.

Bukanlah masanya,

Untuk Engkau mengajak bersama pengikut-pengikutmu,

ke lembah kesesatan.

Bertuhankan,

Nafsu Serakah.

Menghalalkan yang haram.

Mendakwa,

dapat melihat tuhan didunia yang fana ini.



Sesungguhnya,

Kamu bukanlah seperti nabi Musa a.salam.

Yang boleh bercakap direct dengan Allah S.W.T.

Tanpa perantaraan Malaikat Jibril a.salam.

Sedarlah;

Kamu hanyalah insan yang jahil,

Insan yang Kerdil.

Ilmu,

Yang diberi hanyalah sedikit.

Usiamu,

Ayah pin sudah senja.........

Rambutmu,

Memutih...

Menandakan tempat tujumu menjelang tiba...

Sepatutnya,

diusia senjamu itu...

masamu patut kau habiskan di Tikar Sembahyang.

Rukuk dan Sujud kepada Ilahi.



Mengajak pengikut-pengikutmu,

Bertasbih,bertahmid,bertahlil,kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Bukan,

Meratib kosong.

tanpa,

Mengerjakan suruhan Ilahi.

Meninggalkan 5 rukun Islam.

Bersahabat,

Dengan syaitan terkutuk.

Menjauhi ,

Alim-ulama.

Membelakangi ,

ajaran Islam yang suci murni.

Ingatlah bahawa,

Firaun yang zalim,sombong,angkuh.

Tenggelam,diLaut Merah.

Menemui Ilahi ,dalam kehinaan.



Menjadi,

Kenangan sejarah sepanjang zaman.

Hingga ke hari ini dapat dilihat mumianya.

Ayah pin,

Apakah kamu memilih neraka?

Tempat siksaan yang amat pedih.

Atau,

kamu memilih syurga,

tempat kenikmatan dan kebahagian yang abadi.

Pilihlah,
JALAN TAUBAT
Untuk kembali Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Mengerjakan suruhan ALLAH!
Meninggalkan Larangan ALLAH!
Terus,
Beramal,Berbakti,Mengabdi kepada ALLAH S.W.TAALA YG.MAHA ESA....

SIAPKAN BEKALAN;
Untuk Menghadapi Kehidupan Yang Abadi DiAkhirat Kelak.

Sunday, November 9, 2008

Tenang sebelum ditembak


TENGGULUN-3 pengebom Bali,Amrozi,Mukhlas&Imam Samudera kelihatan tenang,ketika mereka berada dalam bilik sebuah penjara semasa menanti hukuman tembak dilaksanakan,kata satu sumber semalam.Sumber itu menyatakan ketiga-tiga mereka membaca alquran dalam sebuah penjara di Nusakambangan yang terletak di selatan,pulau Jawa dikenali *Alcatraz Indonesia*.Menurut sumber itu,Mukhlas memberitahunya:`Saya mahu ia berlaku dengan segera(hukuman tembak)."Saya mahu menemui bidadari".Seorang lagi pengebom yang juga saudara Mukhlas,Amrozi yang digelar sebagai pembunuh yang suka melemparkan senyuman berkata:"Saya bersedia pada bila-bila masa."Ketiga-tiga pengebom Bali itu sudah menerima surat pemberitahuan berhubung hukuman mati keatas mereka pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin(Sabtu:1/11/2008).Ketiga-tiga mereka akan ditembak mati dalam tempoh 72 jam selepas menerima notis pelaksanaan hukuman itu.Mereka dihukum mati ditembak selepas didapati bersalah terlibat dalam serangan bom di 2 buah kelab malam di Kuta,Bali pada Oktober 2002 dengan mengakibatkan 202 orang terbunuh,kebanyakannya pelancong Australia.Kelmarin,ketiga-tiga mereka dibenarkan untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid dalam penjara itu bersama banduan lain.Imam masjid itu,Hasan Makarim berkata,beliau melihat ketiga-tiga pengebom itu kelihatan tenang tetapi tidak berbual dengannya.Persediaan untuk menghadapi hukuman mati itu,sudah dilakukan oleh pihak berkuasa manakala lokasi pengebumian jenazah Mukhlas dan Amrozi turut disediakan disebelah kubur bapa mereka,Nur Hasyhim di Tenggulun.-Agensi.

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW

" Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W"
*(Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah. 10H
Di Lembah Uranah, Gunung Arafah)*
 

Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu...

PERCUBAAN


Ketenangan impian setiap orang