Saturday, December 6, 2008

Pahlawan Terbilang Islam YANG PENYAYANG

Di kejauhan bahang padang pasir kelihatan seorang Raja Inggeris yang terkenal dengan gelaran
#si hati singa# terpaksa berjalan kaki bersama tenteranya selepas kalah teruk dalam pertempuran bersama tentera Muslimin.
Peristiwa ini telah dilihat oleh seorang pahlawan Islam yang terbilang ,lalu dengan murah hati beliau meminta saudaranya menghantar beberapa ekor kuda kepada Raja tersebut untuk ditunggang sambil berkata,"Bagaimana mungkin seorang Raja berjalan kaki bersama perajuritnya?Ambillah kuda Arab ini dan berikan kepadanya.Seorang lelaki sehebat dia ,tidak seharusnya berada ditempat ini ,dengan hanya berjalan kaki."
Ketika pahlawan Islam itu mendapat tahu bahawa Raja tersebut sakit, beliau segera menghentikan pertempuran dan mengirimkan hadiah berupa buah-buahan,air sejuk dan doktor,bagi mengubati penyakitnya.Kerana terharu dengan kebaikan pahlawan Islam ini,maka akhirnya perjanjian damai ditandatangani pada 1 september 1192 sehingga orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan sebaiknya.
Pahlawan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalahSalahuddin al-Ayubi,beliaulah pejuang terbilang Islam yang terkenal dengan sifat pemurah dan belas kasihan.
Manakala Raja Inggeris yang terkenal dengan gelaran 'si hati singa' itu pula,adalah Raja Richard 1,yang mengetuai peperangan Salib ke-3 dalam mempertahankan Wilayah Jerusalem yang dirampas dari Kerajaan Islam,Palestin.
Salahuddin dilahirkan pada 532 Hijrah,bersamaan 1138 masihi di Kota Tikrit dalam sebuah keluarga Kurdish dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya.Ayahnya,Najm adDin Ayyub ialah gabenor wilayah Baalbek.Salahuddin tinggal di Damsyik dalam kawasan istana milik Nur ad-Din selama,10 tahun.
Salahuddin al-ayubi atau sering juga digelar sebagai #Saladin* di dunia Barat,merupakan panglima perang muslim yang dikagumi kecekapan berperang serta sifat baiknya terhadap kawan dan lawan.Keberanian dan kehebatannya juga tercatat dalam sejarah "Perang Salib".
Sifat penyayang,belas kasihan dan ketinggian akhlak Salahuddin semasa peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya.Ini diakui oleh ahli sejarah Kristian ,Lane-Poole yang mengesahkan kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam.
Ketika ,Orang-Orang Kristian menyerah kalah,tidak kedengaran kisah orang-orang Kristian dipersalahlakukan oleh tentera Salahuddin.Ini sangat berbeza dengan tindakan kejam Kristian terhadap orang-orang Islam ketika menawan Baitulmuqaddis pada 1099M.
Walau pun berbeza kepercayaan,Salahuddin al-Ayubi amat dihormati dikalangan bangsawan-bangsawan Kristian terutamanya,Raja Richard 1.Beliau pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam.Selepas perjanjian damai ditandatangani,Raja Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain,sebagai lambang penghormatan.
Sungguhpun Salahuddin sangat dikenali dengan sifat penyayang dan belas kasihan,beliau tetap tegas dalam soal agama.Ini berikutan peristiwa beliau memancung kepala Reginald dari Chatillon diatas kebiadabannya mempersendakan agama Islam dan Nabi Muhammad.
"2 kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya.Pertama,ketika ia bersumpah akan melanggar 2 kota suci.Dan Kedua,ketika ia menyerang jemaah Haji.
Ketahuilah,
"Aku akan menuntut bela Muhammad atasnya,"lalu ia menghunuskan pedangnya,dan memenggal kepala Reginald.

Wednesday, December 3, 2008

pesanan

Telah Bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Ada 4 perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan 4 perkara juga.
Akal,Agama,Malu dan Amal Soleh.
Maka:
1-Akal boleh hilang disebabkan marah.
2-Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3-Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4-Amal Soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1-Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2-Para ahli waris akan menarik hartanya.
2-Ulat akan menarik tubuhnya.
4-Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat,
iaitu amalnya.


Dari Ali r.a yang bermaksud;

Sesungguhnya amalan yang paling sukar adalah 4 macam;

1-Memberi maaf pada waktu marah.
2-Suka memberi pada waktu susah.
3-Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4-Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim AlAsom yang bermaksud;

4 perkara yang hanya diketahui oleh 4 jenis orang akan nilainya ,iaitu;
1-Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2-Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3-Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4-Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Tuesday, December 2, 2008

ANTARA PENYELEWENGAN AJARAN AYAH PIN

1-Ayah Pin akan menjadi Perdana Menteri di akhirat.
2-Waktu Solat Subuh berpanjangan sehingga Zuhur.
3-Alquran yang ada sekarang tidak benar.
4-Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam dan kemudian merosakkannya.
5-Apabila bermimpi **anak gadis pengikutnya(mimpi berkahwin),si bapa perlu menyerahkannya kepada Ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki *bertuah* itu.
6-Anjuran UPACARA PENGAMPUNAN yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tak suci serta perlu bersetubuh dengan #tuhan* untuk mendapat lebih berkat.
7-Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan #tuhan*(Ariffin).
8-Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan tukar individu jadi muda.
9-Wang yang diberikan Ayah Pin tidak akan habis,apabila dibelanjakan.
10-Ayah Pin boleh membawa roh pengikutnya untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
11-Isteri Ayah Pin ,bukan orang biasa,tetapi Puteri Gunung Ledang,Ratu Saadong,Puteri Num dan Puteri Matahari.
12-Semua benda boleh dimakan ,termasuk yang diharamkan Islam.

Wednesday, November 19, 2008

Tazkirah Buat Ayah Pin &Pengikut-Pengikut

AYAH PIN,

ARIFIN BIN MUHAMAD.

Mencapai usia:65 tahun.

Pemimpin Ajaran Sesat,Kerajaan Langit.



Tiada gunanya,engkau lari,bersembunyi beserta pengikut-pengikut setiamu.

Lari,

Dari Hukuman Dunia,

yang sedia menanti.



Kemana,

Hendak kamu lari>>>>>

Kepuncak dunia,hutan belantara,

KeSelatan Thailand.



Kamu,

Bersembunyi.



Takutkan ,

Kematian atau diburu.



Maut,

Lambat-laun ,

Pasti menjemputmu.



Biarpun,

Engkau bersembunyi didalam benteng yang Kukuh.

Diawasi,

Jaga yang cukup kawalan.

Dilengkapi,

Peralatan yang cukup canggih""

Namun,

Maut juga tetap kau temui.



Sayang sekali,

Usiamu menjangkau 65 tahun.

Bukanlah masanya,

Untuk Engkau mengajak bersama pengikut-pengikutmu,

ke lembah kesesatan.

Bertuhankan,

Nafsu Serakah.

Menghalalkan yang haram.

Mendakwa,

dapat melihat tuhan didunia yang fana ini.



Sesungguhnya,

Kamu bukanlah seperti nabi Musa a.salam.

Yang boleh bercakap direct dengan Allah S.W.T.

Tanpa perantaraan Malaikat Jibril a.salam.

Sedarlah;

Kamu hanyalah insan yang jahil,

Insan yang Kerdil.

Ilmu,

Yang diberi hanyalah sedikit.

Usiamu,

Ayah pin sudah senja.........

Rambutmu,

Memutih...

Menandakan tempat tujumu menjelang tiba...

Sepatutnya,

diusia senjamu itu...

masamu patut kau habiskan di Tikar Sembahyang.

Rukuk dan Sujud kepada Ilahi.



Mengajak pengikut-pengikutmu,

Bertasbih,bertahmid,bertahlil,kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Bukan,

Meratib kosong.

tanpa,

Mengerjakan suruhan Ilahi.

Meninggalkan 5 rukun Islam.

Bersahabat,

Dengan syaitan terkutuk.

Menjauhi ,

Alim-ulama.

Membelakangi ,

ajaran Islam yang suci murni.

Ingatlah bahawa,

Firaun yang zalim,sombong,angkuh.

Tenggelam,diLaut Merah.

Menemui Ilahi ,dalam kehinaan.



Menjadi,

Kenangan sejarah sepanjang zaman.

Hingga ke hari ini dapat dilihat mumianya.

Ayah pin,

Apakah kamu memilih neraka?

Tempat siksaan yang amat pedih.

Atau,

kamu memilih syurga,

tempat kenikmatan dan kebahagian yang abadi.

Pilihlah,
JALAN TAUBAT
Untuk kembali Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Mengerjakan suruhan ALLAH!
Meninggalkan Larangan ALLAH!
Terus,
Beramal,Berbakti,Mengabdi kepada ALLAH S.W.TAALA YG.MAHA ESA....

SIAPKAN BEKALAN;
Untuk Menghadapi Kehidupan Yang Abadi DiAkhirat Kelak.

Sunday, November 9, 2008

Tenang sebelum ditembak


TENGGULUN-3 pengebom Bali,Amrozi,Mukhlas&Imam Samudera kelihatan tenang,ketika mereka berada dalam bilik sebuah penjara semasa menanti hukuman tembak dilaksanakan,kata satu sumber semalam.Sumber itu menyatakan ketiga-tiga mereka membaca alquran dalam sebuah penjara di Nusakambangan yang terletak di selatan,pulau Jawa dikenali *Alcatraz Indonesia*.Menurut sumber itu,Mukhlas memberitahunya:`Saya mahu ia berlaku dengan segera(hukuman tembak)."Saya mahu menemui bidadari".Seorang lagi pengebom yang juga saudara Mukhlas,Amrozi yang digelar sebagai pembunuh yang suka melemparkan senyuman berkata:"Saya bersedia pada bila-bila masa."Ketiga-tiga pengebom Bali itu sudah menerima surat pemberitahuan berhubung hukuman mati keatas mereka pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin(Sabtu:1/11/2008).Ketiga-tiga mereka akan ditembak mati dalam tempoh 72 jam selepas menerima notis pelaksanaan hukuman itu.Mereka dihukum mati ditembak selepas didapati bersalah terlibat dalam serangan bom di 2 buah kelab malam di Kuta,Bali pada Oktober 2002 dengan mengakibatkan 202 orang terbunuh,kebanyakannya pelancong Australia.Kelmarin,ketiga-tiga mereka dibenarkan untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid dalam penjara itu bersama banduan lain.Imam masjid itu,Hasan Makarim berkata,beliau melihat ketiga-tiga pengebom itu kelihatan tenang tetapi tidak berbual dengannya.Persediaan untuk menghadapi hukuman mati itu,sudah dilakukan oleh pihak berkuasa manakala lokasi pengebumian jenazah Mukhlas dan Amrozi turut disediakan disebelah kubur bapa mereka,Nur Hasyhim di Tenggulun.-Agensi.

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW

" Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W"
*(Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah. 10H
Di Lembah Uranah, Gunung Arafah)*
 

Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu...

PERCUBAAN


Ketenangan impian setiap orang