Monday, January 31, 2011

Che' PAR>>

_Pemergianmu,
bagiku,satu kehilangan yang sukar ku cari ganti.
-Engkaulah,
Sahabat kukira,
penawar..
dikala dukacita.
penawar..
dimasa susah-senang.
pengubat....
dikala kakitangan tergeliat.
-Engkaulah,
Insan yang berjiwa murni.
Aku lupa,
Bila tarikh maut datang menjemputmu,
tak mengenal rakankarib,sahabat tercinta ,
nabi tertcinta,kekasih ALLAH.
Hatta,
kesudahannya,
Maut juga akan datang kepada Izrail,bila saat kematiannya
nanti.
Harapanku,
padamu che 'PAR,
Rohmu,dicucuri rahmat oleh ALLAH s.wt.
Ditempatkan,

Dikalangan orang yang soleh,mendapat keampunan dan rahmat dari YANG MAHA
RAHMAT
Kesudahannya,
Menghuni Syurga Abadi.....

Saturday, January 22, 2011

PENUNGGU SETIA

Biarpun,
Engkau dimarahi,
dimaki-hamun,
dikata orang,bermacam-macam;
kata-kata yang menguris perasaan.
Tabahlah hatimu,
Menghadapi kata-kata ,
yang memilukan ,
yang menguris perasaan.
Sabarlah,
Hadapi ujian.

Jadilah ,
Insan bersabar,
kerana ,
Allah Taala bersama insan yang bersabar.
Penunggu SETIA,
Tebalkan telingamu .
Menghadapi ,
Kata-kata yang perit,pedih,memilukan .

Pepatah Arab mengatakan:
"Sabar itu anak kunci kesenangan"

Kata -kata itu menjadi azimatku,agar lebih bersabar dan tabah menghadapi ujian mendatang.....

Wednesday, January 19, 2011

ISLAM YANG SYUMUL

BERMAKSUD:Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh.
Skop kesyumulan Islam meliputi panduan lengkap yang memenuhi fitrah manusia,ia merangkumi keperluan rohani dan jasmani,serta menjadi panduan kehidupan di dunia dan akhirat//.

ANTARA CIRI_CIRI ISLAM agama syumul dari sudut akidah ialah ia berasaskan kepada tauhid yang merangkumi tauhid uluhiyah dan rububiyah ,dan bersumberkan wahyu Allah.
Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah dengan memberi panduan dalam hal-hal ibadat ,sama ada ibadat khusus mahu pun ibadat umum.

KESYUMULAN ISLAM ,dari sudut hubungan sesama manusia terbukti dengan panduan lengkap dari sudut kekeluargaan ,muamalat ,hukum jenayah ,kehakiman ,hubungan antarabangsa,sistem pemerintahan serta peraturan akhlak yang sempurna.

RABBANI LIVE IN CONCERT 1423- PERGI TAK KEMBALI

Sunday, January 2, 2011

Qasida Burdah

Qasidah Istighfar

Doa Taubat

Raihan - doa taubat

DOA AKhir Tahun....

Hendaklah di baca pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu mahrib,pada akhir bulan zulhijjah.Sesiapa yg membaca doa ini,berkatalah Syaitan"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku,menggoda anak adam a.ssalam pada setahun ini.
DOA TERSEBUT IALAH:
Maksud:(Doa Di dalam bahasa Arab).
terjemahannya:
Segala puji,hanya tertentu bagi Allah,tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian ALAM.SELAWAT dan SALAM keatas JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W.dan KELUARGA BAGINDA dan PARA SAHABATNYA.
"YA ALLAH,Sesungguhnya,pada tahun ini kami telah melakukan larangan-larangan mu ,tetapi kami belum BERTAUBAT>,sedangkan ENGKAU tidak redha dan tidak melupai perkara itu.
Engkau telah menangguhkan azabMU yg telah ditetapkan kepada kami.Engkau telah memerintahkan supaya kami bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu.Sesungguhnya pada hari ini,kami memohon keampunan darimu,ampunilah kami.Dan apa yang kami lakukan pada tahun ini yg Engkau redha dan Engkau janjikan pahala,maka kami memohonnya daripada Engkau,YA ALLAH!,YA KARIIM!YA ZA ALAlJALALIWALIKRAAM.Terimalah permohonan kami ini dan janganlah engkau hampakan harapan kami terhadapmu YA KARIIM (3Xbaca).Selawat dan salam keatas junjungan kami nabi MUHAMMAD S.A.W. dan Keluarga Baginda.dan Para Sahabatnya,dan segala puji hanya tertentu bagi ALLAH.TUHAN YG MEMELIHARA dan MENTADBIR SEKALIAN ALAM.

Raihan - Bismillah