30 AMALAN YANG DILAKNAT ALLAH (S.W.T) antaranya:'''
15-Menukar /Memindahkan Tanah
ALLAH S.W.T.melaknat orang yang menukar atau memindahkan batas tanah untuk tujuan mengambil tanah orang lain.Dari Ali Bin Abi Talib (k.W):beliau berkata:Rasulullah S.A.W.menyampaikan 4 pengajaran kepadaku.Rasulullah S.A.Wbersabda (mafhumnya):"Dan ALLAH melaknat orang yang menyembelih atas nama selain ALLAH ,ALLAH melaknat orang yang mengutuk ibu bapanya ,ALLAH melaknat orang yang melindungi penjahat ,ALLAH melaknat orang yang menukar batas tanah."
(H.R.Muslim,Nasa'i dan Ahmad).
Manarul Ardi ertinya:tanda yang ada diatas jalan atau batas diantara beberapa bidang tanah.Maksudnya tanda batas tanah sebagaimana disebut dalam hadis,dilaknat orang yang menukar batas tanah.Disebutkan dalam AzZawajir ,ini adalah amaran.Perbuatan seperti ini termasuk dosa besaR sebagaimana jelas disebut kan dalam hadis.Alasannya,kerana dengan menukar batas tanah dan mengambil tanah orang lain bererti memakan harta orang lain secara batil.Disamping itu,menyakiti orang Muslimdengan cara yang sangat menyakitkan atau mengakibatkan urusan dengan mahkamah.Menukar dimaksud termasuklah menukar batas tanah perkongsian atau batas dengan jiran.
Perhati sabda Rasulullah S.A.W."Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah tanpa hak,ALLAH mengalungkannnya dengan 7 lapis tanah." H.R.Ahmad)
Dengan hadis-hadis ini jelaslah bagi kita bahawa menukar batas tanah adalah dosa besar dan termasuklah diantara perbuatan yang dilaknatALLAH.Bahkan ,menakutkan lagi,ALLAH akan mengambil tanah itu nanti ,sebanyak 7 lapis /kemudian mengalungkannya kepada orang yang memindahkan batas atau mengambil tanah orang lain.
Petikan:Dalam buku bertajuk:30 AMALAN YANG DILAKNAT ALLAH:m/s:61.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment